WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Tuesday, December 30, 2008

Nak kongsi Gambar:)



Siti Hajar Mohd Said Putra & Md Faiz Md Salleh



Friday, December 19, 2008

Result dah kuar..

dan... sambung sendiri lah!

Monday, December 15, 2008

Announcement

Kepada Geng drainAge yang masih setia mengunjungi blog ini termasuk juga da silent readers especially the UiTM students, silalah kunjungi student portal kerana keputusan peperiksaan akhir akan diumumkan mulai Rabu, 17hb Disember 2008 selepas mesyuarat Lembaga peperiksaan UiTM seperti yang termaktub di :
atau log in terus ke
alah.. macam tak biasa la pulak.. saja je nak update kan story ni.. pape pun jangan lupe kenduri hajar 20hb ni..

Sunday, December 7, 2008

Percutian pertama di PD

Sudah lama blog ini tak diupdatekan, bukan tak nak tapi saje melambat-lambatkan dengan tujuan ade perkembangan dan cerita bagi setiap minggu. Walauapapun ini dia cerita Geng drainAge di Port Dickson.

Selepas tamatnya peperiksaan terakhir pada 16hb November 2008 lepas, Geng drainAge telah mengadakan percutian pertama di PD iaitu di Teluk Kemang Indah Resort iaitu apartment yang lengkap dengan kemudahan dapur dan peralatannya, blablablablabla..

Hanya geng perempuan Geng drainAge sahaja yang mengikuti percutian ini kerana geng lelaki drainAge sangatlah pemalu dan adalah agak minority di Geng drainAge. Saya agak keciwa dan pilu kerana hanya 18 orang sahaja yang dapat memberi komitment ini. Mungkin kerana perancangan agak lewat dari pihak committee membataskan ketidakhadiran mereka yang vrata-rata sibuk dengan interview. Saya bagi pihak committee mohon maaf atas kelewatan perancangan dan kepincangan (jika ada) dalam percutian ini. Diharap percutian seterusnya akan dirancang lebih awal dan dapat mengumpulkan seluruh Geng drainAge. OK?

Walaubagaimana pun terima kasih kepada yang telah menyertai dan memahami situasi percutian kita. Hehe apa-apa la kan.. so tgk la gambar ini:

Pertama: Sesi makan petang dikelolakan oleh saudari Khairunnisa Assyida di Seremban di mana Geng drainAge disajikan dengan lontong dan lodeh, mi bandung, kuah kacang, biskut2 raya pun adaaa.. Bukan setakat makan petang tapi melepak pulak tu di sini melepaskan penat maklumlah lepas exam terus balik kemas barang dan menuju ke PD. So kiranya rumah syida ni R & R la ya? Hehe.. Terima kasih Syida kerana menjemput kami ke Seremban dan berkenalan dengan ahli keluarga yang semuanya mempunyai ketinggian melebihi 1.70m!

Inilah dia keadaan di luar dan dalam salah satu apartment kami di tingkat 2 yang menjadi port makan, minum, bermesra, bergosip XOXO... Satu lagi agak jauh nun di tingkat 4, apartmentnya lebih kurang sama aje.

Hmm.. maklumlah first day masing-masing penat dari exam dan perjalanan sebelumnya so makanan yang ade mi segera dan roti.. kaya wahai Maggi dan Gardenia.. Dalam gambar di atas: Bibik khas dibawa dari Putrajaya sibok menyiapkan roti.


Makan malam terakhir.. steam boat! ye lah nak buat BBQ perlukan extra cost kena cari arang, tempat yang sesuai etc, so steam boat sonang aje.. celup sudaa electric dah bayar pun dalam bil apartment tu so.. makan je.. sedap takk???


Oleh kerana hujan dan angin kuat dan laut bergelora sini je laah tempat yang agak selamat untuk berendam.. ala-ala dugong, duyong, payung.. ah apa-apa aje!

So, inilah gambar Girly Girls of Geng drainAge.. girly kerrr? hahaha.. Banyak sebenarnya gambar nak di tunjukkan tapi.. terpaksa di sensoredkan.. so kepada siapa yang berminat untuk mendapatkan gambar especially yang mengikuti percutian ini; saya akhiri dengan ayat..
" Nak??? Bayar arrrr!!! Korang kan dah kerja.. Wahahahahaa".
tapi terdengar pulak Geng drainAge menjawab...
"OTak!"
wahahahahahahahahahahhaahhahahahaha huhu!!
by RM O

Sunday, November 30, 2008

Jemputan Kahwin Siti Hajar

Sekadar ingatan kepada Geng drainAge dan pensyarah-pensyarah yang telah atau belum menerima undangan ke majlis perkahwinan Siti Hajar Mohd Said Putra dan bakal suaminya Md Faiz Md Salleh:


p/s: click to enlarge

Wednesday, November 26, 2008

cerita exam

Cerita exam bermula dengan exam Const Technology sebagai pembukaan exam semester 06. hmm.. ringkasan examnya agak sonang kalau pandai menggoreng dgn fakta yang mencukupi.. ah! Kang salah tafsir lak mana tau yang lelain rasa senang kot.. tapi.. untuk sebilangan Geng drainage merasa sedih kerana ‘sepot’ tidak menjadi yang mana telah melibatkan offshore. Haha punyalah budget process offshore.. tapi tara!

Ok next, dengan hanya gap sehari, exam Const. Economy pulakkk.. well. No komen boleh? Haha ‘sepot’ calculation salah lagi.. tapi seperti biasa nampaknya Geng drainAge blasah je ape yang boleh di aplikasikan.. cheeewah! Hopefully Berjaya la kan.. tak gitu Pn K yang kusayangg? Wink..wink.. ;-)

Seterusnyaa.. gap lagi sepuloh hari.. lama tuh. Tp well use or not pun masih belum dapat dikenalpasti.. hehe. Exam Professional Practice pun menjelma dengan soalan untuk buat interim payment (lau tak silap la kan.. hilang ingatan jap ni).. both PAM and PWD form. Spertinya agak mudah kalo sudah mahir tapi… apakan daya perlu banyak masa keran masih amatur. Soalan-soalan lain pun mencabar walaupun pernah dilihat dan dibuat dalam exam semester sebelum ni! Kenapa ya? Apapun diharapkan P.M Hj Halim Hashim (maybe dh siap kot skrang ni)... ehem.. ehemm je la ek? p/s: en, ade kerje kosong kt MITG? Hehe

Dan peperiksaan penutup.. exam Measurement of Civil Engineering Works.. wow.. yang ni tak berani komen. Bagi sesetangah Geng drainage kata mereka.. nampak sonang tapi payah.. ada pulak kata, compared to last semester (yang drainage tu) better.. tapi… apa-apa pun kita harapkan yang terbaik darimu En Masnizan Che Mat dan kami telah melakukannya sehabis baik.. (rasanya la)

Last sekali.. tengoklah gambar-gambar di bawah yer.. Gambar sebelum masuk dan selepas exam yang terakhir..

Aksi-aksi sebelum memasuki dewan terakhir untuk peperiksaan terakhir di semester terakhir di tahun akhir dan juga di hari akhir bersama-sama di dewan peperiksaan.


Aksi-aksi di dalam dewan terakhir untuk peperiksaan terakhir di semester terakhir di tahun akhir dan juga di hari akhir bersama-sama di dewan peperiksaan.

by RM

Thursday, November 20, 2008

Exam fever..

Selepas kunjungan ramai, saya dengan sehabis rajin ni cuba untuk meng’update’kan walaupun baru pulang dr roadtrip from Shah Alam, Port Dickson to Johor Bahru. (p/s: roadtrip yang begitu mencabar 5 orang Geng drainAge (iba, cHiQue, puteriferry, pumpkinhead, nita). Ops, sorry cerita roadtrip bukan cerita utama since 5 orang je la kannn.. Okeh..seperti dijanjikan cerita sepanjang exam week. Ape dia ek. Gua dah lupa maaaa.. Mana Otak? Hehe.. Tgk gambar je la ekk..

Sekitar study week.. sesi study bersama-sama...

Sesi study subject C.E kes-kes mendapat nasihat dari pensyarahnya.. hehe gempak siot lukisan bored pile tuh! sape lukis?

Hari pertama study C.E ramai la jugak kann..

study lagik.. subjek pe ni ek.. dah lupa.. kiranya gambar study ek.
so.. hutang lagik gambar dan cerita.. K.I.V dulu. adios!
-chique

Monday, November 17, 2008

For the time being..

Yeah.. Exam finale 06 sudaaah tamat tu.. tapi harap maaf ya para peminat dan pengunjung blog ini kerana, kami Geng drainAge sedang bercuti di Port Dickson untuk beberapa hari.. yeeeaahh!!

Apa-pun jangan lupa lawati blog ini lagi kerana makin banyak cerita-cerita hangat dan menarik akan diutarakan iaitu sessi study group Geng drainAge, cerita exam dan palin penting cerita percutian di PD ini..

Buat En M, kami berada di PD bukan di bowling ya? Hehehe.. jangan lupa markah kasi lebeyyyy sket.. TQ!

Sunday, November 9, 2008

Masa lapang..

Hmmm.. bosan. Inilah hasilnyaaa... just for fun dan jangan marah yer wahai Geng drainAge ku sayang.

gila masuk tv Geng drainAge.. tapi tahun bila ni?

Pergh.. buku sejarah dari Tawau. time tu dah de pakai tudung gaya ni ke?

walaaamakkk.. gaya model siot. hugo boss ke ssob oguh?

Karimah memerhati selaku CEO ke ni a new monalisa? agak-agak berapa RM potret tuh? sen? hehe..

" Menyemak je 'bunting' nih.. buang lah!" kata encik di atas tangga.

"Kita nak cat putih atas muka-muka nih ke terus demolish dinding ni bos?," tanya buruh bertopi terbabit..
"Demolish bangunan terus.. explosive terus!," jawab bos
"Baik, bosh!" kata buruh itu

What is this? i terow tis' umbrella kang!

oh my god.. oo my god.. we love you Geng drainAge!! muachhh.. muahhhhh...

- by Suhaibah Ghazali

Tuesday, November 4, 2008

Cerita Raya

Walaupun Syawal dah berakhir tapi.. cerita Syawal belom muncul kan? Hehe.. So dalam kesempatan selepas exam construction economic yang amat menSTRESSkan saya tadi, inilah cara untuk deSTRESS.. hehe amacam grammar ni.. hancusss kan..

Okey, kita bermula dengan open haus (memang haus pun nak sampai jalan kebun ni) pertama oleh Saudari Suhaibah Ghazali. Geng drainAge telah disajikan dengan seperti biasa kuih raya dan kerepek dah paling penting menu utama iaitu nasi minyak ( minyak ke tomato..lupe lak) bersama ayam masak merah (hangat di tambah dan dimakan) , mi jawa dan juga rojak jawa a.k.a rojak buah.. nyum nyumm.. oh ya, bukan setakat beraya dirumah Suhaibah ni, Geng drainAge juga buat aktiviti lain sepeti melawat rumah neneknya.. wah bagos Geng drainAge ni! Bagi pihak keluarga Suhaibah, Terima Kasih dalam sessi beraya di Jalan Kebun.

Open haus Suhaibah

Open haus seterusnya pula di Gombak.. rumah Saudari Intan Azrena anak Pakcik Osman,, rumah ni memang betol-betol haus, jauuuh tu.. lalu pulak Batu Caves yang terlebih tangga dan emas tue.. Kat umah Intan ni pun macam-macam adaaaaaaa.. dari biskutnya yang banyak jenis untuk dirasa ke menu utama iaitu lontong dan lodeh, roti jala, dan favourite sekali kata Yus dan Ayu, macaroni a.k.a macarena bakar. Tidak lupa KARIPAP SARDIN kegemaran bosh!! Hehe,, Bagi pihak Intan Azrena, Terima Kasih kerana sudi datang dan bagi pihak Geng drainAge, Terima kasih kerana menjemput dan makan free (tol dan minyak kereta kena bayar ni).

Hari yang sama dan dari Gombak juga 25% dari Geng drainAge menghadiri open haus a.k.a makan-makan dirumah saudari Siti Hajar.. Kepada Hajar, bagi pihak 75% yang tak dapat menghadirkan diri Ampun Maaf.. Masa dan Keadaan dan Kejauhan mencemburui Kami.. Don’t Worry Wedding nanti kami dataaang..

Open haus Intan

Seterusnya open haus di mana lagi ya.. di rumah saudari Rosmaliza Malek di Puchong pada hari Deepavali eih.. ni sempena open haus Syawal ekk, Terima kasih kerana sudi datang. Di Puchong Geng drainAge yang hadir telah dihidangkan dengan spegeti bolognese, potato salad, lontong bersama lodeh dan kuah kacang. Dalam masa yang sama saudari Nooerelani diberi penghormatan memotong kek coklat sempena hari lahirnya.. hehe..


Akhir sekali, terima kasih daripada Geng drainAge kepada yang menjemput dan yang dijemput untuk sempena Syawal yang mulia ini. Terima Kasih juga kepada pensyarah En Masnizan kerana menjemput kami ke open house beliau WALAUPUN hanya beberapa orang yang dapat menghadirinya.. Terima Kasih dan dan mohon maaf bagi pihak yang tidak hadir termasuk saya..

Bagi sesiapa yang telah menjemput dan telah dihadiri sessi open house oleh Geng drainAge di mana yang tidak dinyatakan di sini. terima kasih jua..

by RM..