WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Tuesday, November 4, 2008

Cerita Raya

Walaupun Syawal dah berakhir tapi.. cerita Syawal belom muncul kan? Hehe.. So dalam kesempatan selepas exam construction economic yang amat menSTRESSkan saya tadi, inilah cara untuk deSTRESS.. hehe amacam grammar ni.. hancusss kan..

Okey, kita bermula dengan open haus (memang haus pun nak sampai jalan kebun ni) pertama oleh Saudari Suhaibah Ghazali. Geng drainAge telah disajikan dengan seperti biasa kuih raya dan kerepek dah paling penting menu utama iaitu nasi minyak ( minyak ke tomato..lupe lak) bersama ayam masak merah (hangat di tambah dan dimakan) , mi jawa dan juga rojak jawa a.k.a rojak buah.. nyum nyumm.. oh ya, bukan setakat beraya dirumah Suhaibah ni, Geng drainAge juga buat aktiviti lain sepeti melawat rumah neneknya.. wah bagos Geng drainAge ni! Bagi pihak keluarga Suhaibah, Terima Kasih dalam sessi beraya di Jalan Kebun.

Open haus Suhaibah

Open haus seterusnya pula di Gombak.. rumah Saudari Intan Azrena anak Pakcik Osman,, rumah ni memang betol-betol haus, jauuuh tu.. lalu pulak Batu Caves yang terlebih tangga dan emas tue.. Kat umah Intan ni pun macam-macam adaaaaaaa.. dari biskutnya yang banyak jenis untuk dirasa ke menu utama iaitu lontong dan lodeh, roti jala, dan favourite sekali kata Yus dan Ayu, macaroni a.k.a macarena bakar. Tidak lupa KARIPAP SARDIN kegemaran bosh!! Hehe,, Bagi pihak Intan Azrena, Terima Kasih kerana sudi datang dan bagi pihak Geng drainAge, Terima kasih kerana menjemput dan makan free (tol dan minyak kereta kena bayar ni).

Hari yang sama dan dari Gombak juga 25% dari Geng drainAge menghadiri open haus a.k.a makan-makan dirumah saudari Siti Hajar.. Kepada Hajar, bagi pihak 75% yang tak dapat menghadirkan diri Ampun Maaf.. Masa dan Keadaan dan Kejauhan mencemburui Kami.. Don’t Worry Wedding nanti kami dataaang..

Open haus Intan

Seterusnya open haus di mana lagi ya.. di rumah saudari Rosmaliza Malek di Puchong pada hari Deepavali eih.. ni sempena open haus Syawal ekk, Terima kasih kerana sudi datang. Di Puchong Geng drainAge yang hadir telah dihidangkan dengan spegeti bolognese, potato salad, lontong bersama lodeh dan kuah kacang. Dalam masa yang sama saudari Nooerelani diberi penghormatan memotong kek coklat sempena hari lahirnya.. hehe..


Akhir sekali, terima kasih daripada Geng drainAge kepada yang menjemput dan yang dijemput untuk sempena Syawal yang mulia ini. Terima Kasih juga kepada pensyarah En Masnizan kerana menjemput kami ke open house beliau WALAUPUN hanya beberapa orang yang dapat menghadirinya.. Terima Kasih dan dan mohon maaf bagi pihak yang tidak hadir termasuk saya..

Bagi sesiapa yang telah menjemput dan telah dihadiri sessi open house oleh Geng drainAge di mana yang tidak dinyatakan di sini. terima kasih jua..

by RM..

No comments: