WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Tuesday, April 28, 2009

dan.. Pemenangnya adalah

BROWN-ish...


Hish.. rupanya dah 28hb. Sperti yang dijanjikan kekononnye pada 24hb lepas adalah dateline voting citrawarna-geng-drainage-di-konvokesyen untuk tema baju konvo.

Atas sambutan yang hangat-hangat tahik ayam yg divotekan oleh 14 orang SAHAJA. maka dengan ini warna tema untuk baju konvo adalah 'BROWn-ish' bermakna warna-warna tanah..

Tapi.. ini hanya VOTING SAHAJA.. so suka hati korang la nak pakai kaler ape nanti.. sape2 nak pakai baju kawen or tunang ponm bolehhh.. hahaha..

ok.. adios.. wah pendek post kali ni! bateri gua dah weak ni kul 2.32 a.m. nasiblah duk Puchong ni line internet saaaaaaaaaaaaaangat baaaaaaagosss.. time awal malam xnak hidup die! damn... i miss USJ! ops.. terbuat macam blog peribadi plak.

Wednesday, April 8, 2009

Etika Berpakaian Graduan

A PAKAIAN GRADUAN LELAKI :-
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .
1 Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau
2 Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
3 Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
4 Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
5 Songkok tidak diperlukan

B PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN :-
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .
1 Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
2 Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
3 Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
4 Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
5 Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
6 Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.
7 Sarung tangan dipakai dikedua-dua belah tangan sekiranya diperlukan untuk bersalam dengan Tuanku Canselor/ Pro Canselor/ Naib Canselor semasa menerima Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.
8 Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.

RUPADIRI GRADUAN

Sahsiah Graduan Lelaki:-
Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.

Sahsiah Graduan Perempuan:-
Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.

PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN.

Tuesday, April 7, 2009

CitrawaRna Geng drainAge di konvokesyen

teringat dulu cik bucket pernah suggest on convocation dresscolour (untuk ladies je k) so.. kalau belum buat or prepare on baju untuk konvo nanti kite vote kalernye ek? kalau nak buat tema la kannn.. if interested please vote. ni warna-warna yang aku 'belasah' je. so lau ade suggestion dipersilakan. Untuk pengetahuan ini hanyalah untuk suka-suka dan tidak memaksa! Tona warna je same.. takyah la sampai jadi boria plakkk!! hahaha

Ok.. vote berakhir on 24hb April 2008. hehe supaya sempat buat or cari baju kaler yang korang vote tu ek. Keputusan muktamad adalah TIDAK melibatkan vote 100% TETAPI atas pertimbangan semua! ok? setuju?


Get your own Poll!




p/s: to sesiapa yang vote kaler kuning.. untuk pengetahuan yellow-ish itu hanya warna kuning muda.. very very light yellow ok. Geng drainAge jangan ngengade nak menderhakai warna di Raja plak! Daulat Tuanku! ada paham anak-anak? ( hmm.. now i miss her. hehe)

Thursday, April 2, 2009

KONVOKESYEN KE-70

Assalamualaikum W.B.T

Untuk makluman semua graduan,konvokesyen UiTM kali ke 70 akan berlangsung pada 26 Mei hingga 3 Jun 2009.Sehubungan dengan itu para graduan diminta sentiasa mematuhi tarikih sidang dan tarikh raptai yang kami tetapkan bagi memastikan segala perkara dapat berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada kami di talian 03-5544 3130.Senarai penuh nama graduan akan kami paparkan kelak.

Terima Kasih.