WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Wednesday, April 8, 2009

Etika Berpakaian Graduan

A PAKAIAN GRADUAN LELAKI :-
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .
1 Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau
2 Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
3 Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
4 Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
5 Songkok tidak diperlukan

B PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN :-
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .
1 Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
2 Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
3 Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
4 Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
5 Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
6 Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.
7 Sarung tangan dipakai dikedua-dua belah tangan sekiranya diperlukan untuk bersalam dengan Tuanku Canselor/ Pro Canselor/ Naib Canselor semasa menerima Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.
8 Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.

RUPADIRI GRADUAN

Sahsiah Graduan Lelaki:-
Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.

Sahsiah Graduan Perempuan:-
Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.

PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN.

No comments: