WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Sunday, December 7, 2008

Percutian pertama di PD

Sudah lama blog ini tak diupdatekan, bukan tak nak tapi saje melambat-lambatkan dengan tujuan ade perkembangan dan cerita bagi setiap minggu. Walauapapun ini dia cerita Geng drainAge di Port Dickson.

Selepas tamatnya peperiksaan terakhir pada 16hb November 2008 lepas, Geng drainAge telah mengadakan percutian pertama di PD iaitu di Teluk Kemang Indah Resort iaitu apartment yang lengkap dengan kemudahan dapur dan peralatannya, blablablablabla..

Hanya geng perempuan Geng drainAge sahaja yang mengikuti percutian ini kerana geng lelaki drainAge sangatlah pemalu dan adalah agak minority di Geng drainAge. Saya agak keciwa dan pilu kerana hanya 18 orang sahaja yang dapat memberi komitment ini. Mungkin kerana perancangan agak lewat dari pihak committee membataskan ketidakhadiran mereka yang vrata-rata sibuk dengan interview. Saya bagi pihak committee mohon maaf atas kelewatan perancangan dan kepincangan (jika ada) dalam percutian ini. Diharap percutian seterusnya akan dirancang lebih awal dan dapat mengumpulkan seluruh Geng drainAge. OK?

Walaubagaimana pun terima kasih kepada yang telah menyertai dan memahami situasi percutian kita. Hehe apa-apa la kan.. so tgk la gambar ini:

Pertama: Sesi makan petang dikelolakan oleh saudari Khairunnisa Assyida di Seremban di mana Geng drainAge disajikan dengan lontong dan lodeh, mi bandung, kuah kacang, biskut2 raya pun adaaa.. Bukan setakat makan petang tapi melepak pulak tu di sini melepaskan penat maklumlah lepas exam terus balik kemas barang dan menuju ke PD. So kiranya rumah syida ni R & R la ya? Hehe.. Terima kasih Syida kerana menjemput kami ke Seremban dan berkenalan dengan ahli keluarga yang semuanya mempunyai ketinggian melebihi 1.70m!

Inilah dia keadaan di luar dan dalam salah satu apartment kami di tingkat 2 yang menjadi port makan, minum, bermesra, bergosip XOXO... Satu lagi agak jauh nun di tingkat 4, apartmentnya lebih kurang sama aje.

Hmm.. maklumlah first day masing-masing penat dari exam dan perjalanan sebelumnya so makanan yang ade mi segera dan roti.. kaya wahai Maggi dan Gardenia.. Dalam gambar di atas: Bibik khas dibawa dari Putrajaya sibok menyiapkan roti.


Makan malam terakhir.. steam boat! ye lah nak buat BBQ perlukan extra cost kena cari arang, tempat yang sesuai etc, so steam boat sonang aje.. celup sudaa electric dah bayar pun dalam bil apartment tu so.. makan je.. sedap takk???


Oleh kerana hujan dan angin kuat dan laut bergelora sini je laah tempat yang agak selamat untuk berendam.. ala-ala dugong, duyong, payung.. ah apa-apa aje!

So, inilah gambar Girly Girls of Geng drainAge.. girly kerrr? hahaha.. Banyak sebenarnya gambar nak di tunjukkan tapi.. terpaksa di sensoredkan.. so kepada siapa yang berminat untuk mendapatkan gambar especially yang mengikuti percutian ini; saya akhiri dengan ayat..
" Nak??? Bayar arrrr!!! Korang kan dah kerja.. Wahahahahaa".
tapi terdengar pulak Geng drainAge menjawab...
"OTak!"
wahahahahahahahahahahhaahhahahahaha huhu!!
by RM O

No comments: