WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Wednesday, October 15, 2008

Geng drainAge GEGARKAN Parlimen Malaysia!!

Parlimen Malaysia.. Geng drainAge di mana ya?

Ooohh.. Di Pintu 7


Lepas tu di mana ya?... Ohhh di dalam Dewan Negara...

Alhamdulilahh.. Hari ini (15 Oktober 2008-Rabu) kita telah BERJAYA memasuki PARLIMEN MALAYSIA. TAHNIAH untuk Geng drainAge kerana Berjaya dengan penuh tatasusila dan kesopanan serta kehebatan anda walaupun hanya sebagai pemerhati awam di dalam DEWAN RAKYAT. Walaupun berlaku sedkit masalah di awal pelepasan dari FSPU akibat banjir di sekitar Shah Alam ( ditujukan khas kepada penganjur S bukan name sebenar)

Jutaan terima kasih buat pensyarah pengiring P.M Sr. Hjh Khairani Ahmad dan juga P.M Sr. Hjh Norizan Abdullah Sani kerana sudi mengikuti program Geng drainAge ini.

Ucapan terima kasih dari Geng drainAge kepada pihak pengurusan Parlimen Malaysia terutama sekali buat:
- Puan Mazidah Ketua Pegawai Perhubungan Korporat Parlimen Malaysia
- En Rashid Pegawai Korporat Parlimen Malaysia
- Pegawai Unit Fasiliti dan Maintenance Parlimen Malaysia

Tidak dilupakan juga para pegawai dan staf-staf keselamatan Parlimen Malaysia yang turut memberi bantuan ketika kami di sana. TERIMA KASIH..

Secara ringkas
1) Lawatan ini telah memberi peluang kepada Geng drainAge untuk masuk ke Dewan Rakyat dan melihat sendiri persidangan (walaupun ketika sidang pada pukul 10-11 pg berkenaan hanya melibatkan soalan lisan dan bukannye perbahasan). Ahli-ahli Parlimen yang sempat Geng drainAge perhatikan seperti Datuk Noh Omar, Pn Nurul Izzah Anwar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir (hensemnye), Datuk Ibrahim Ali, Tuan Haji Hadi Awang, Azmin Ali, Pn Chong Eng dan lain-lain. Dan yang paling penting Tuan Timbalan Yang Dipertua YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

2) Selepas sidang tersebut, Geng drainAge dibawa masuk ke Dewan Negara utk sesi taklimat memandangkan tiada persidangan Dewan Negara maka geng drainAge lah yang bersidang di sini.. Agak malang.. segala kamera dan handphone terpaksa di tinggalkan di pejabat keselamatan.. Bukti hanya terpahat di sanubari.. cheeewah!

3) Lastly, selepas taklimat geng drainAge di bawa utk melihat persekitaran Parlimen Malaysia termasukkan di atas bumbungnya.. cantik view nye.. rugi kalau tak pergi..
Selain bumbung parlimen geng drainAge juga berpeluang untuk ke Anjung Parlimen di tingkat 17.. lagi cantik view.. dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. Nampak pulak rusa-rusa berkeliaran di Taman Rusa membuatkan kami terpesona.. masih malang.. gambar terpahat di memori! Untuk menghangatkan lagi cerita.. yang paling bestnya laluan Geng drainAge untuk ke Anjung dan lain-lain melalui laluan khas untuk ahli Parlimen.. even wartawan punTIDAK boleh melaluinya.. Wah! Bangganyaaa..
Apapun nasib baik Geng drainAge tidak TERdiINTERVIEW oleh para wartawan (haha buat lawak plak)

Apa lagi ya.. Rasanya itu lah dulu dari saya untuk cerita-cerita hangat selanjutnya.. sila lihat gambar yang ad00 je la.. di depan Parlimen..


p/s: Siapa yang berjaya menyelesaikan Misteri Kehilangan 3 orang kanak-kanak berkasut tumit tinggi dan rendah akibat ke tandas? wahhahahahahaa

Yang berusaha melaporkan,

YB Rosmaliza( Ahli Parlimen kawasan belum dikenalpasti..)

Parti Longkang..

No comments: