WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Monday, October 27, 2008

Geng drainAge the Finale.. yet!

Huwaaaa….. sedih nyaaa.. Sessi pembelajaran sudah tamat (p/s: Sila submit assignment PP before 29/10/08 dan C.E before 10/11/08).

Oleh kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan sesi ‘lunch’ dan ‘dinner’ bersama pensyarah tidak dapat dianjurkan, maka Geng drainAge sebulat suara bersetuju untuk menghadiahkan cenderahati / cenderamata untuk tatapan para pensyarah yang mengajar kami dari semester 03 hingga 06.

Antara pensyarah-pensyarah kami adalah:

  • P.M Hj.Halim Hashim
  • P.M Hj.Mohd Fisol Zain
  • P.M Hj. Mohd Nazir Ismail
  • P.M Dr.Hj. Mohamad Fadhil Muhammad
  • P.M Hj. Mohd Hanafiah Abd Rani
  • P.M Dr Faridah Yusuff
  • P.M Hjh. Norainah Abdullah
  • P.M Hjh. Khairani Ahmad
  • P.M Hjh. Norizan Abdullah Sani
  • Dr. Hjh Hamimah Adnan
  • Tuan Hj Mohd Ridza Ahmad
  • En Ahmad Norzali Ali Ahmad
  • En ‘Azizan Supardi
  • En. Masnizan Che Mat
  • Pn. Siti Norasniza Ahmad Sekak
  • Pn. Ani Saifuza Abd Shukor
  • Pn Siti Mazzuana Shamsuddin
  • Cik Har Einur Ezrin Baharuddin
  • Cik Norfashiha Hashim

p/s: Kepada Pensyarah-pensyarah di atas yang belum menerima cenderahati kami harap bersabar mungkin penyampai2 kami belum berkesempatan bertemu anda.. :-)

Sebagai penutup sessi pembelajaran, Geng drainAge telah menganjurkan ‘Finale Bowling Tournament’ bertempat di Shah Alam Mega Lane, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Finale tournament ini adalah rentetan dan kesinambungan dari permainan bowling yang dihadiri oleh Geng drainAge pada setiap Selasa pada semester ini. Untuk final bowling tournament Geng drainAge dibahagikan kepada 5 kumpulan yang diwakili oleh:

Kumpulan 1:
Shaibullah, Amadz, Intan, Hajar, Yus

Kumpulan 2:
Liza, Zaki, Karimah, Nazirah, Hafiz

Kumpulan 3:
Hairry, Syida, Aidi, Syazwana, Nazihah

Kumpulan 4:
Suhaibah, Diana, Amir, Mas Ayu, Fieza
Kumpulan 5:

Khairul, Arizan, Zaidatul, Rosmaliza, Elani

Oh ya.. Final Tournament juga menyediakan hadiah-hadiah berupa trofi untuk tempat pertama hingga ketiga bagi kategori pemain wanita dan pemain lelaki Geng drainAge. Secara ringkas markah di amibilkira dari kesinambungan Weekly Bowling Tournament.. dan.. pemenang-pemenang nya adalah:

Kategori Lelaki:
Membesar sebagai Johan: Hairu Aidi ( Class Rep. ni..)
Membesar sebagai Naib Johan: Ahmad Fairuz ( wakil Sabah ni)
Dan.. Tempat ketiga: Amir Rashdan (membawa isteri sebagai penyokong ni)


Kategori Wanita:
Johan walaupun namanya bukan Johan: Rosmaliza Malek (eh.. sape dia ni? :-) )
Naib Johan namanya pun lain: Siti Hajar
Dan.. Tempat ketiga: Zaidatul Akmar (peewit..)

Dan juara untuk Finale Tournament Kategori Berkumpulan ini adalah…

.........Kumpulan 5 ( kumpulan cHiQue ni.. hehe) dengan perbezaan sengit di akhir permainan berbanding Kumpulan 2.

Lagi.. adalah Anugerah Khas buat Class Representative saudara Hairu Aidi dan Noorelani turut disampaikan di kejohanan ini. Tidak lupa juga medal untuk Johan Kena Buli saudari Karimah dan juga medal bagi NAib Johan Kena Buli saudari Norhafizah.. Maka berakhirlah kejohanan bowling Geng drainAge!

Sabar.. kena baca lagi... Sesi finale pembelajaran di kelas belum berakhir!!

Selepas acara penyampaian hadiah dan juga sesi bergambar yang tidak jemu.. Geng drainAge beransur ke è hehe.. karaoke Jam… di mana sesi meluahkan bakat terpendam dan latihan untuk menyertai Akademi Fantasia, Akademi Nasyid, One-in-a-Million, Gangstar berlangsung.. maklum lah dah dekat Sri Pentas 2 ni..



Akhirnya selepas penat berdondang sayang, berjoget irama Malaysia, ber’rock’ kapak dan jugaaa.. berjiwang.. maka berakhir sambutan sessi tamat pembelajaran di kelas 2008.



Seterusnya.. wahai Geng drainAge sekalian.. SELAMAT BELAJAR.. saya berehat seketika untuk final exam.. insya Allah gambar sekitar hari2 terakhir Geng drainAge sebagai pelajar ( Insya Allah.. kita akan sama2 lulus dan meneruskan masa depan dengan gemilang dan bersama-sama mencari kerja) akan diabadikan dalam bentuk DVD..

Last but not least, this posting does not means the end of our friendship or the finale of Geng drainAge but as our new beginning of life.. hehe lom lagi.. jangan lupa lepas exam seperti semester lepas.. Sessi BBQ lagik.. venue akan ditentukan oleh committee.. sila bersabar kerana committee sebenar-benarnya belum officially dilantik.. sekarang Cuma yang Gila Kuasa je (eh, ditujukan untuk diri sendiri la pulak).. Dah.. Dahh … Nak gi study ni..


SELAMAT BERUSAHA!!.. CaiyOkkk!!! CaiYOkkk!!!

p/s: As usual.. pls click on the photo to enlarge!!

by: Rosmaliza Malek

No comments: