WAH!!!!! BERAPA NI?

REGISTERED MEMBERS

Monday, August 11, 2008

Darjah Kehormat Geng drainAge

Si Cantik - Gelaran ni special sikit, bukan kami yang bagi tapi lecturer yang bagi, kira bertuah ler budak nie dapat gelaran macam nie, agak2 sapa ye lecturer yang bagi gelaran kt budak nie, Clue dia Pn Aina……hehehe korang dapat agak ke? Dia selalu duduk depan, kadang-kadang je dok belakang tp belakang bagi dia row no. 2, ala-ala mak datin, duduk ada style, hehehhe gelaran dia “”Si Cantik”…….Tahu jawapannye? Boleh teka?

Handphone Terhebat - Handphone dia selalu bunyi dalam class, x kira la subject apa? Boleh kata kan banyak jugak class yang handphone dia berbunyi, kadang-kadang class lecturer yang garang-garang pun dia x silent….Hehehe maknanya apa nie? Dia sorang ada handphone kat dlm class tu @ handphone dia tu canggih ler sangat. ..gurau-gurau aje, at least orang boleh ingat ko nanti. Tapi sapa ye? Boleh korang teka?

Beg berat ku sayang – Ini pun kisah antara yang bertuah gelaran diberi oleh lecturer yang same dengan member gelaran Si Cantik tu. Dia ni suka sangat pangku beg die dalam class. Dulu kami pun xtau apa isi beg yang buat dia saaaaaayang sangat beg dia. Tapi.. sekarang rahsia sdah terbongkar rupanya die ada 4handphone. Tu yang amat amat sayang pada beg dia. Tau tak sape orangnye? Ah.. lu pikIr la sendiri!


President - Gelaran pertama di sandang oleh C (bukan nama sebenar) heheh, Nape dia ye, nape bukan orang lain ye? Hebatla dia nie, emm… kalau korang nak tahu dia nie la President ita…
President apa? Ponteng Class la beb, sapa2 yang rajin ponteng class boleh la register nama kat dia……aku ler orang pertama register bawah dia, tapi dia nie pandai sikit, selalu strategi dia memang selamat & nasib yang baik selalu menyebelahi dia, dia nie lau terdetik je nk ponteng class, tup-tup je class memang cancelled selamat la dia nie, Masih part 04 dulu dia pernah la sembang2 ngn aku…”sekarang kedudukan aku agak tercabar sikit ler..” aku pun tanya “ Napenyer ngn ko ni”…….dia jawab “ramai dalam class tu nak bersaing ngn aku sapa paling banyak ponteng class”, siot betol ler jawapan dia.hahhahah. Tapi bukan apa? Kitorg selalu ponteng class pada subject2 yang boring sesangat, setakat g class kita pn leh baca slide tue sendiri.hehehh, mcm bagus je kita nie
Tapi sekarang, President kita sudah tewas ditangan Z dan D (bukan nama sebenar).. mungkin sebab dah nak habis belajar President rajin gi class. Walauapa pun.. tahniah buat Z dan D kerana berani lawan President.


Secretary Kuat Makan - Darjah kehormat ni pun diberi oleh lecturer jugak.. hmm nampaknya memang hebat Geng drainAge ni. Kisahnya bermula bila akak sorang ni menggunakan notepad free. Dah la free kecik pulak tu. So nak jadi cerita lecturer sorang ni sound la. ‘secretary boleh la pakai kertas-kertas camni. Lepas guna boleh buang campak merata. Awak secretary ke?’ tapi.. yang bestnya akak sorang ni dengan selambe jawap ‘a’ah’.
Lepas kes ni, akak sorang ni masih berani lagi tu.. nak dibuat cerita akak ni counter offer mintak extra break dari 10 minit ke 15 minit. Dah proceed tetiba akak ni lambat la pulakk.. terus kena kunci. So ape lagi.. dapat pulak title kuat makan.. tapi.. siapa yer akak ni? Maaf kan saya ya akak secretary!
Bagi yang belum dikurniakan darjat.. Banyak masa lagi jangan risau..


- by SUHAIBAH GHAZALI-

No comments: